Anak-Anak Abah
'Anak-Anak Abah'- Nazali Noor
ISBN : 9789678606301
Penerbit: Karangkraf
No. Panggilan: BF723.F35 N39 2016
Tahun Diterbitkan: 2016
Mukasurat: 109
Url Efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87823
Pengulas :
Cik Rohaida Mohamad Idaris, Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ISBN : 9789678606301
Penerbit: Karangkraf
No. Panggilan: BF723.F35 N39 2016
Tahun Diterbitkan: 2016
Mukasurat: 109
Url Efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87823
Pengulas :
Cik Rohaida Mohamad Idaris, Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Anak-anak Abah (AAA), merupakan hasil tulisan Nazali Noor yang lebih dikenali sebagai Abang Naz. Beliau merupakan penulis buku best seller Ulu Yam ke Liverpool. Kali ini beliau tampil dengan karya yang bergenre kekeluargaan. Buku ini terhasil atas permintaan anak-anak beliau yang mahukan kisah mereka dibukukan sebagai catatan memori indah seorang abah yang mahu merakam dan mengabadikan momen bersama anak-anaknya.
Dalam buku ini, Abang Naz berkongsi pengalaman dalam membesarkan lima orang anak-anaknya yang berlainan ragam, personaliti dan karakter. Setiap bab didedikasikan kepada lima orang anak-anaknya di mana penulis menceritakan satu per satu kisah-kisah dari si kecil Awwab, Adam, Najmi, Najman dan si puteri tunggal, Najwa. Setiap cerita yang dikongsikan walaupun nampak remeh ada terselit pengajaran yang boleh diambil. Contohnya, seperti Adam yang berbudi bahasa walau usianya masih kecil. Adam diceritakan oleh penulis sangat mudah dan lembut hati mengucapkan MAAF, TERIMA KASIH, dan TOLONG. Selain itu, kepentingan komunikasi juga antara aspek yang dapat dilihat dalam buku ini. Penulis mengamalkan komunikasi dua hala bersama anak-anaknya. Ini menjadikan hubungan mereka sekeluarga sangat rapat.
Sejujurnya, saya suka dengan ungkapan ini, “My family is my life”
Inilah ungkapan yang sering diulang-ulang oleh penulis yang menunjukkan betapa beliau amat memprioritikan keluarga dalam apa jua urusan, sehingga beliau sanggup berhijrah ke Liverpool. (kisah ini ada diceritakan dalam buku Ulu Yam ke Liverpool). Selepas berhijrah barulah penulis dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya.
Sebagai kesimpulan, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan, tidak semestinya hanya kepada golongan ibu bapa sahaja. Banyak kisah-kisah yang dikongsikan boleh kita jadikan sebagai motivasi dan diteladani dalam kehidupan seharian.