Jangan sentap, okey

Jangan sentap, okey

Image
'Jangan sentap, okey' – Izman Pauzi

ISBN            : 9789678605823
Penerbit        : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
No. Panggilan        : HF5386.5 .I96 2015 c.2
Tahun diterbitkan     : 2015
Muka surat        : 206
URL efind        : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87821
Membaca tajuk buku ini sahaja mampu menarik minat pembaca untuk memegang, menyelak dan seterusnya membaca setiap isi kandungan yang ditulis oleh penulis Izman Pauzi. JANGAN SENTAP, OKEY! Siapa yang bekerja di pejabat, MOHON TERASA! Tajuk ini sahaja dapat menggambarkan mesej yang ingin disampai oleh penulis tentang situasi yang berlaku di pejabat berdasarkan pengalaman penulis sebagai pengurus sumber manusia. Kisah-kisah yang dipaparkan merupakan kisah sebenar yang pernah dialami oleh penulis dan tidak mustahil dikatakan pembaca yang bekerja juga pernah mengalami pengalaman yang sama. Antara kisah yang menarik dikongsi melalui buku ini ialah kisah temuduga pekerja baharu, pemecatan pekerja, disiplin pekerja dan kisah lain yang menarik.

Bagi pembaca yang belum bekerja dan sedang mencari kerja begitulah realiti yang biasa berlaku di pejabat. Bagi pembaca yang bekerja, sudah pasti ada kisah yang hampir sama dengan pengalaman yang pernah mereka lalui dan membuatkan mereka tersenyum sambil membaca buku ini. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua mereka yang bekerja atau tidak bekerja. Gaya penulisan penulis sangat santai dan mudah difahami. Semoga segala kisah yang ditulis oleh penulis memberikan pembaca lebih seronok melalui pengalaman dunia pekerjaan dan mampu menghadapi cabaran yang mendatang.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan

Print   Email