Pegkung Alung: Sebuah Travelog Si Buta Pekak
‘ Pegkung Alung: Sebuah Travelog Si Buta Pekak ’ - Riduan A. Dullah
ISBN : 9789672018100
Penerbit : Buku Pojok PLT
No. Panggilan : G465 .R53 2018
ISBN : 9789672018100
Penerbit : Buku Pojok PLT
No. Panggilan : G465 .R53 2018
PEGKUNG ALUNG adalah sebuah travelog yang mengisarkan perjalanan hampir sebulan lamanya di bumi Borneo, merentasi deretan bandar serta kawasan pedalaman yang sukar diakses melalui jalan darat. Pengembaraan ini bukan biasa-biasa seperti yang dilakukan oleh orang normal. Malah boleh dikategorikan sebagai kembara luar biasa kerana melibatkan seorang OKU buta, seorang OKU pekak dan seorang bukan OKU dalam satu perjalanan yang cukup pelik dan mengujakan. Ini memang kerja gila!
Tempat-tempat yang dipilih juga bukan pilihan normal, contoh seperti Maliau Basin, sebuah kawasan konservasi. Hendak masuk ke tempat ini, perlu mohon permit dan kelulusan dulu. Mereka juga bermalam di hutan, di pantai dan di mana-mana sahaja. Demi penjimatan wang, kebanyakan masa mereka memilih tidur dalam khemah. Kadang kala tenang, kadang kala diganggu babi.
Antara lokasi yang terlibat bermula dari Kuala Lumpur -- Tawau -- Maliau Basin -- Semporna -- Pulau sekitar Semporna -- Lembah Danum -- Kundasang -- Kota Kinabalu -- Pulau sekitar Kota Kinabalu -- Beaufort -- Tenom -- Lawas -- Ba’kelalan -- Bario -- Miri -- Bintulu -- Belaga – Kapit – Kuching -- Kuala Lumpur.
Kembara yang mencabar minda dan emosi ini merangkumi kebanyakan semua jenis kenderaan udara, air dan darat iaitu penerbangan pesawat biasa, bot laut, bot sungai, keretapi, pacuan empat roda melalui jalan balak, bas, teksi, menumpang orang hingga ke berjalan kaki.
Hah! Bagaimana nak berjalan sendiri dengan dua orang ini? Cuba bayangkan, kalau jadi satu-satu kecemasan, nak buat macam mana? Memberi arahan kepada orang pekak tidak sama seperti memberi arahan kepada orang biasa walaupun dia tahu apa yang kita katakan. Dan bagaimana si pekak bisu mahu berkomunikasi dengan si buta? Menarik bukan?
Seperti mana hakikat perjalanan setiap insan, apa yang sebenarnya terjadi, tak seperti yang dirancang. Perubahan itu ini mesti terjadi.

Ulasan Buku Oleh :
Pn. Sufarini Mohd Sudin, Pembantu Pustakawan Kanan