Mesyuarat Wakil Fakulti Perpustakaan (20hb Mac 2023)
Hits: 2988
20 Mac 2023 - Mesyuarat Wakil Fakulti Perpustakaan telah diadakan di Perpustakaan UMP Pekan dan dipengerusikan oleh Cik Kamariah Gono, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang menjalankan tugas sebagai Ketua Jabatan Perpustakaan. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan isu-isu terkini berkaitan perkhidmatan perpustakaan serta memperkenalkan tugas dan tanggungjawab wakil fakulti dalam memperkukuhkan hubungan antara pihak perpustakaan dengan fakulti.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada 8 fakulti iaitu Encik Mohd Hisyam Bin Mohd Ariff dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik (FTKEE), Puan Nur Azhani Binti Abd Razak dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA), Ts. Dr. Ahmad Rizal Bin Alias dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Dr. Muhammad 'Arif Bin Mohamad dari Fakulti Komputeran (FK), Dr. Nurul Huda Binti Abu Bakar dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Dr. Zetty Ain Binti Kamaruzzaman dari Fakulti Pengurusan Industri (FIM), Dr. Nor Alisa Binti Mohd Damanhuri dari Pusat Sains Matematik (PSM), dan Dr. Muhammad Khalis Bin Ibrahim dari Pusat Sains Kemanusiaan (PSK).
Agenda mesyuarat merangkumi penerangan terma rujukan dan skop tugas wakil fakulti oleh Puan Affida Abu Bakar dari Unit Pendidikan & Penyelidikan (Gambang), laporan penggunaan dan langganan pangkalan data oleh Puan Noor Azura Binti Omar dari Unit Perolehan, pembentangan Repositori Institusi Universiti Malaysia Pahang (UMP-IR) oleh Cik Ratna Wilis Haryati Binti Mustapa dari Unit Pengurusan Ilmu, dan aktiviti pendidikan pengguna oleh Puan Nor Ashikin Binti Ahmad dari Unit Pendidikan & Penyelidikan (Pekan).
Tugas wakil fakulti adalah sangat penting dalam menjalin hubungan yang lebih erat antara perpustakaan dan fakulti supaya perkhidmatan yang ditawarkan dapat digunakan sebaiknya oleh semua warga universiti. Antara tugas wakil fakulti perpustakaan adalah untuk menyalurkan maklumat tentang keperluan dan kehendak semasa para akademik terhadap koleksi dan perkhidmatan perpustakaan, serta mempromosikan koleksi, aktiviti dan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna.
Mesyuarat diakhiri dengan sesi bergambar dan diharapkan kerjasama antara wakil fakulti dan pihak perpustakaan dapat ditingkatkan bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan perpustakaan kepada para pengguna. Senarai nama dan tugas wakil fakulti juga boleh diakses melalui portal perpustakaan di pautan ini https://umplibrary.ump.edu.my/index.php/en/about/library-representatives
Disediakan oleh:
Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan
Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan
Disunting oleh:
Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan
Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan