Kelas Sokongan Penyelidikan: Modul Strategi Pencarian Maklumat, Modul Turnitin dan Modul Mendeley sepanjang Jun 2024

Kelas Sokongan Penyelidikan: Modul Strategi Pencarian Maklumat, Modul Turnitin dan Modul Mendeley sepanjang Jun 2024

Unit Pendidikan & Penyelidikan (UPeN) Perpustakaan UMPSA telah menjalankan Kelas Sokongan Penyelidikan pada sepanjang bulan Jun yang lepas. Kelas ini diadakan secara berjadual dan dijalankan secara fizikal serta dalam talian. Modul yang disampaikan seperti Modul Strategi Pencarian Maklumat, Modul Turnitin: Panduan Pelajar dan Modul Mendeley.

Promosi kelas tersebut telah dilakukan lebih awal di media sosial perpustakaan seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram, Twitter, eCommunity dan blog untuk menarik minat kehadiran pengguna yang ramai. Pendaftaran kehadiran secara dalam talian dan e-sijil akan diberikan setelah menghadiri kelas tersebut.

Modul Strategi Pencarian Maklumat telah diadakan secara dalam talian pada tarikh 11 Jun 2024 dibimbing oleh Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kampus Gambang pada pukul 10:00 pagi menggunakan platform Microsoft Teams. Sesi ini dihadiri oleh para pensyarah, penyelidik serta pelajar sarjana muda dan sarjana.

Image
Image

Pada sesi 13 Jun 2024, Modul Turnitin: Panduan Pelajar juga dijalankan secara dalam talian pada pukul 10:00 pagi oleh Pn. Nor Ashikin Ahmad iaitu Pustakawan Kampus Pekan menggunakan platform Microsoft Teams. Kelas memfokuskan kepada panduan mengakses dan menggunakan perisian Turnitin sebagai panduan untuk pelajar.

Sesi terakhir iaitu Modul Mendeley diadakan secara fizikal dan dilaksanakan di Kampus Pekan bertempat di Makmal Komputer Perpustakaan Pekan pada pukul 10:00 pagi. Kelas tersebut dikelola oleh Cik Rosfadilla Mohamad Zainun, Penolong Pustakawan UPeN. Pelajar diberi tunjuk ajar secara lebih mendalam dan terperinci cara mengakses dan menggunakan Mendeley untuk membuat sitasi di dalam tugasan.

UPeN amat menggalakkan para pengguna untuk menyertai program pendidikan pengguna anjuran Perpustakaan. Ini kerana dengan menghadirinya pengguna boleh mempelajari pelbagai platform pencarian maklumat yang disediakan bagi menyokong pendidikan dan penyelidikan di universiti. Pensyarah atau pihak fakulti boleh memohon sesi kelas pendidikan pengguna untuk pelajar, merujuk kepada modul yang disediakan oleh perpustakaan dengan hanya menghubungi pustakawan UPeN.

Image
Image

Disediakan oleh:

haryatiPuan Sufarini Mohd Sudin,
Pembantu Pustakawan Kanan

Disunting oleh;:

Amelia2Amelia Hasan
Pustakawan


Print   Email